SUMBANGAN KASIH UNTUK PALESTIN

KEMPEN SUMBANGAN KASIH UNTUK PALESTIN


Anjuran: Yayasan Al Baghdadi dengan kerjasama Tadika Al Baghdadi


Saudara-saudari sekalian,

Di bumi Palestin, ribuan nyawa terus diuji saban hari. Tangisan anak kecil, jeritan ibu kehilangan keluarga, dan kesakitan mereka yang tidak berdosa kini menjadi saksi kekejaman yang berlarutan. Saat kita menikmati keamanan di sini, mereka berjuang hanya untuk terus hidup.

Atas rasa tanggungjawab kemanusiaan dan ukhuwah Islamiah, Yayasan Al Baghdadi dengan kerjasama Tadika Al Baghdadi melancarkan Kempen Sumbangan Kasih untuk Palestin — satu inisiatif bagi mengumpul dana kecemasan bagi membantu saudara kita yang sedang menderita di bumi anbiya itu.

Sumbangan anda akan disalurkan bagi:

  • Bantuan makanan dan air bersih

  • Keperluan perubatan dan kecemasan

  • Perlindungan kanak-kanak serta keluarga terjejas


Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, amat besar nilainya di sisi Allah.
Jangan biarkan mereka berjuang sendirian.


Ayuh hulurkan tangan, ringankan penderitaan mereka hari ini.

“Barang siapa yang menghidupkan (menyelamatkan) satu nyawa manusia, seolah-olah dia telah menghidupkan seluruh manusia.”
(Surah al-Maidah: 32)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
SUMBANGAN PALESTIN RM10
SUMBANGAN PALESTIN RM50
SUMBANGAN PALESTIN RM100
SUMBANGAN PALESTIN RM500
SUMBANGAN PALESTIN RM1000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Hubungi Kami